Hanya Tuhan yg Tahu

Sunday, September 26, 2010

Ape Yang Perempuan Perlu Tahu Tentang Lelaki

  • · Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • · Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • · Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • · Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita.
  • · Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • · Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • · Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • · Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik
  • · Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • · Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • · Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • · Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Saturday, September 25, 2010

Tanda Orang Yang Mencintai mu

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  5. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  6. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  7. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  8. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  9. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  10. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Monday, September 20, 2010

Fantasi Cinta -BJ-

jika diukur cinta dan kasih saya pada awak,tak terukur..
lebih dalam dari tujuh lautan,
lebih banyak dari butiran pasir,
lebih tinggi dari gunung yang tiada kemuncak..

rindu yang ada dalam hati saya terhadap awak,
rindu yang sentiasa merah,
yang dapat mencairkan ketulan ais di lautan.
rindu itu anugerah..
cinta itu pengorbanan..
cinta adalah memberi dan menerima..
kasih saya pada awak memang tiada penghujung nya,
awak cuma satu..

jangan di ucap selamat tinggal..
jangan awak ucap selamat tinggal..
walaupun seketika..
walaupun sekelip mata..
simpan saja kata-kata ke akhir hayat yang ada..


huhuhu....(T_T)
-BJ-

Wednesday, September 1, 2010

Coretan Terakhir..

Asslamualaikum salam bicara..

Ape nak cakap ni yer. Ni adalah coretan terakhir sebelum bertolak balik ke kelantan malam esok. Rase tak sabar ni tapi takut pon ade gak. Naik bas, mcm2 leh jadi. Risau giler..

Malam ni nak cakap pasal hati dan perasaan lah. Nak luah kan segala2 nya malam ni,sedih giler ni. Dah rase putus asa dh ni. Ape aku nk buat,tolong laa…. Hati dah tak mampu. Hari makin hari aku dah tak faham ngan hati c die tu.. mungkin telah tertulis suratan yang c die bukan untuk aku.. aku terima ngan seada nya.. hati nya belum terbuka untuk aku.. ape2 pon aku hanya mampu melihat mu dari jauh..Aku sandaran kan semua pada Tuhan.. seandai nya diri aku tercipta untuk nya aku rela menjadi milik nya. Aku akan menjadi insan yang terbaik untuk nya. Namun.. hakikat nya, hati nye bukan untuk aku..Adakah aku masih mampu untuk bertahan di sini???entah la..kite tengok saje la nanti..

Dah la pasal hati tu... sebelum balik ni, nak mintak maap la kat semua,kot ade wat salah ker..memang ade pon kan.. mintak di halal kan makan minum aku tu.. hutang tu 9t aku bayar la..hehehe, law tak sempat, nanti tuntut ngn family aku yer..huuuuu..

Tu je kot..peace no war la ea.. salam sayang untuk semua..muuuuaachh..