Hanya Tuhan yg Tahu

Thursday, December 16, 2010

lame post..

salam..pade kawan2..sory lame xpost..bz ckit..9t bille balik utem..gua kasi ayat power2 punyer..crite pon banyak lam kepala ni...hahah...kite 9t kan yer...lalalaaa

Friday, October 15, 2010

Entri Merapu : Tips Utk Hilangkan Boring&Tension

Damn!! Tak dapat nak tido la..nak merapu ape ni ek??aku tak de idea lah..cis!!haa..aku tahu…ape kate aku bagi tips nak kurang kan rase boring n rase tensen korang..

ttaaadddaaa!!tips tips nye adalah------->

o Masuk lam almari korang pas tu suruh rumate korang kunci then tido lam tu..

o Main bukak tutup pintu hempas kuat2 sampai ko letih,tak pon smpai rumate korang yg letih mendengar nyer..

o Korek dua2 hidung lame2 ..mesti hilang tension…

o Kpade perokok..ape kate try hisap okok terbalik..cucuh kat putung then isap..memang xboring lah..

o Duduk bawah meja tak pon bawah kerusi..

o Berlari lari anak lam bilik air @ jamban..kalau jatuh padan muke..

o Wat latihan “combat”..merangkap2 bawah katil..best2!!

o Lompat turun dari katil double deker..pas tu naik balik then lompat turun balik..ulang banyak kali..

o Setiap 10 minit tukar baju..sampai abes baju..then pergi basuh..

o Tiru aksi tarzan..gayut kat kipas ke..tiru spiderman pon ok gak..try merangkap kat dinding..cm best jer..

o Isi air lam gelas..jangan minum..jilat air tu cam kucing sampai air tu kering..

o Dok sorang pas tu gelak kuat2..pas tu nanges lak..

o Kalau nak keluar bilik jangan jalan kaki tapi merangkap..ngensot lagi ok..nak2 lagi trun tangga..wow!!

o Letak pale celah pintu pas tu tutup pintu kuat2..

o Main pijak2..kaki kanan pijak kaki kiri..kaki kiri pijak kaki kanan sampai korang lumpuh..

o Tolong korek hidung rumate..kompem dh xboring..

o Baring kat lantai pas tu suruh rumate jalan cm biase..anggap je alas kaki..

Dah cukup kot tips2 tu..nak lagi t tanye aku ek..

P/S : amaran oleh author..jika kemalangan berlaku semasa melakukan tip2 ini author takkan bertanggungjawab..harap maklum..

Friday, October 1, 2010

Mesej-mesej CInta

  • cikgu ajar.. "RINDU" tu kata kerja..cikgu ajar lagi "AWAK" tu kata ganti name..tapi bile cikgu tanye "RINDU AWAK" tu kata ape? saya jawab..itu lah kata hati saya..
  • bile awak sepi, ingat lah saya..bile awak sunyi, cari lah saya.. bile awak rindu saya kan ade.. bile awak sedih, saya leh bagi awak gembira..tapi bile awak dah bahagia, awak jangan lupe kan saya yer.. sebab saya xpenah lupekan awak.
  • jangan cakap awak HAPPY bile awak SEDIH.. jangan cakap awak OK bile jika TIDAK.. jangan cakap awak BAHAGIA bile awak GELISAH.. jangan cakap awak KESEORANGAN bile... saya masih HIDUP untuk awak...
  • kerinduan ini umpama bintang yang berkelipan, setiap saat terbayang kan wajah mu, teringat akan diri mu, teringat akan senyuman mu yang begitu menarik perhatian ku..malam ini aku bagai hilang arah kerna seorang yang aku cintai...
  • Lolipop berkate kpada COklat " kite ni manis kan??" coklat menjawab " awak ingat kite ni dah cukup manis ke??,awak tengok orang yang bace sms ni,lagi manis..tengok2 die senyum..manis nyer"..
  • "saat dirimu membuka mata, sedarilah bahawa ada cinta yg menantimu, saat dirimu merajuk ingatilah ada orang yang menyayangimu, saat dirimu melangkahkan kaki, ingatilah ada doa yg mengiringimu...saat kamu mula lupa ingtilah bahawa ada orang yang sangat merinduimu.."
  • i'll lend u my sh0ulder 4 u 2 cry 0n..my ears 2 listen 2...my hands 4 u 2 h0ld...my feet 2 walk with u...but i can't lend u my heart...c0z' it already bel0ngs 2 u..

Sunday, September 26, 2010

Ape Yang Perempuan Perlu Tahu Tentang Lelaki

  • · Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • · Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • · Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • · Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita.
  • · Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • · Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • · Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • · Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik
  • · Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • · Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • · Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • · Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Saturday, September 25, 2010

Tanda Orang Yang Mencintai mu

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  5. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  6. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  7. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  8. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  9. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  10. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Monday, September 20, 2010

Fantasi Cinta -BJ-

jika diukur cinta dan kasih saya pada awak,tak terukur..
lebih dalam dari tujuh lautan,
lebih banyak dari butiran pasir,
lebih tinggi dari gunung yang tiada kemuncak..

rindu yang ada dalam hati saya terhadap awak,
rindu yang sentiasa merah,
yang dapat mencairkan ketulan ais di lautan.
rindu itu anugerah..
cinta itu pengorbanan..
cinta adalah memberi dan menerima..
kasih saya pada awak memang tiada penghujung nya,
awak cuma satu..

jangan di ucap selamat tinggal..
jangan awak ucap selamat tinggal..
walaupun seketika..
walaupun sekelip mata..
simpan saja kata-kata ke akhir hayat yang ada..


huhuhu....(T_T)
-BJ-

Wednesday, September 1, 2010

Coretan Terakhir..

Asslamualaikum salam bicara..

Ape nak cakap ni yer. Ni adalah coretan terakhir sebelum bertolak balik ke kelantan malam esok. Rase tak sabar ni tapi takut pon ade gak. Naik bas, mcm2 leh jadi. Risau giler..

Malam ni nak cakap pasal hati dan perasaan lah. Nak luah kan segala2 nya malam ni,sedih giler ni. Dah rase putus asa dh ni. Ape aku nk buat,tolong laa…. Hati dah tak mampu. Hari makin hari aku dah tak faham ngan hati c die tu.. mungkin telah tertulis suratan yang c die bukan untuk aku.. aku terima ngan seada nya.. hati nya belum terbuka untuk aku.. ape2 pon aku hanya mampu melihat mu dari jauh..Aku sandaran kan semua pada Tuhan.. seandai nya diri aku tercipta untuk nya aku rela menjadi milik nya. Aku akan menjadi insan yang terbaik untuk nya. Namun.. hakikat nya, hati nye bukan untuk aku..Adakah aku masih mampu untuk bertahan di sini???entah la..kite tengok saje la nanti..

Dah la pasal hati tu... sebelum balik ni, nak mintak maap la kat semua,kot ade wat salah ker..memang ade pon kan.. mintak di halal kan makan minum aku tu.. hutang tu 9t aku bayar la..hehehe, law tak sempat, nanti tuntut ngn family aku yer..huuuuu..

Tu je kot..peace no war la ea.. salam sayang untuk semua..muuuuaachh..

Monday, August 30, 2010

Surat utk Seseorang

im smiling without im knowing..
my heart keep wanting on you..
should i smile and hold you in my heart???
or hide you inside pretending not to care??
i want to be a good guy for you..
so that you can lean on me..
i know well that it migth not be comfortable..
but that is a job for my heart..
my heart are thumping..
i turn around to hide it..
love is helpless..
the heart does'nt move the way i want it..
i think im going to love you...
but..
from time to time i become afraid..
because it feel like it not mine..
but still i love you..
maybe this tearful happiness is love..
no matter how hard i try to stop,it doesnt happen..
coz i love you..

Sunday, August 29, 2010

DIRI MU..

Rela waktu ku tersiksa untuk selalu di sisi menjaga hati mu..
Aku akan selalu mencuba untuk memberi yang terbaik untuk kau memiliki..
Namun aku tak bisa memiliki,menjaga cinta mu walau sesungguh nya hati ku mencintai mu..
Sungguh di batas asal ku,hanya ingin kau bahagia jalani hidup mu..


Seandai nya...
Kau ada disini dengan ku,mungkin ku tak sendiri..
Bayang mu yang selalu menemani ku,hiasi malam sepi ku..
Ku ingin bersama diri mu walau kini kau jauh dari ku..
Akan selalu ku nanti diri mu kerna AKU SAYANG KAMU..


Adakah RINDU di hati mu seperti RINDU yang ku rasa???


Ternyata tak mampu kau melihat dalam nya CINTA ku yang hebat..
Demi nama CINTA telah aku persembah kan hati ku hanya untuk mu..
Telah aku jaga kejujuran aku dalam setiap nafas ku..
Andai saja kau bisa fahami,layak nya erti kasih sejati..
Kerna CINTA YANG SEJATI TAK MUNGJIN AKAN BERSYARAT...




Friday, August 27, 2010

pertanyaan yang tak terjawab..

assalamulaikum pembuka bicara...dan salam ramadhan pada semua..
malam ni mak merepek jer..sape2 yang nak dengar silakan la..huuuuuu (--___--)..


di dalam hati aku ni selalu tersimpan..rasa yang takkan pernah bisa aku unggap kan. mungkin kau tak tahu isi hati aku ni,mungkin juga kau memang tak tahu lansung,mungkin jugak kau memang taknak ambik tahu..persoalan nye kenapa???dan bila aku unggapkan kata2 itu kau masih diam tanpa kata..

pelik nye kan dunia ni..adakah cinta dan cita2 tu tak seiringan???pada sape2 yang baca coretan ni..tolong la jawab persoalan aku tu.. nak kata kita masih muda lagi,umur dah 20 an.. ermm..
n satu lagi persoalan, ade tak cinta yang mengikut jalan yang di redhai oleh Nya??cinta antara dua insan yang belum mempunyai ikatan yang sah??ade tak??kalau ade yang tahu,tolong la jawab persoalan tu..kongsi2 cikit agar aku yang tak berpengetahuan ni mendapat satu jawapan..sharing is loving..kan2???

ermm..tu je nak tanya..xboleh tulis panjang2..nanti orang boring lak..sekian saja coretan ini..
salam sayang unutk semua..peaacee!!!

Thursday, August 26, 2010

Hidup Yang Baru

Setelah begitu lame tersesat dalam kesengsaaran.. akhir nya aku telah sedar.. tak guna untuk aku terus berada dalam kegelapan..hidup aku dulu ibarat bintang yang hilang cahaya nya dan berada dalam kegelapan..ibarat pelangi yang hilang warna nya..namun, mulai sangat ni...aku akan lupa kan segala kisah-kisah hitam dalam hidup aku tu.. kehadiran insan yang aku sayang membuat aku mendapat semangat baru..alang kah bahagia nya hidup ni jika si dia mengetahui isi hati aku ni.. cinta suci kurnian Ilahi.. hidup aku yang dirantai kisah lama telah aku membuka kunci itu..mengharap kan hidup yang akan di lalui ini lebih baik dari yang telah di lalui dulu..bisikan nurani ku mengata kan..si dia yang hadir adalah pilihan hati ku..kerana setiap saat yang di lalui bersama nya penuh bermakna..dan kisah-kisah lama mulai di tenggalami dengan saat2 indah kita..coretan ini khas untuk diri nya..aku tahu dia mengerti..tapi kadang2 c dia buat2 tak mengerti..
hahaha..jahat gile..tak pe..janji awak bahagia..saya gembira if awk bahagia..saya tak suke tengok awak sedih..malam ni memang saya dah tak meragui hati saya lagi.. harap hati ni tak lagi merasa kan keperitan yang pernah di lalui dulu..

Saturday, July 31, 2010

erti cINta

Jika ditanya tentang cinta

Macam-macam lah jawapannya

Ada cinta yang membawa ceria

Ada cinta yang sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja

Hilang kawan hilang keluarga

Lebih baik cinta pada yang ESA



Hidup ini penuh pancaroba

Kiri kanan terpaksa alah saja

Janganlah derita kerana cinta

Kerana cinta bahagia



Kalau benar cinta itu buta

Siapakah jadi mangsanya

Kalau cinta itu cinta setia

Nangis tertawa sama

ha... ha...



Kalau kita boleh beli cinta

Berapa pula harganya

Alangkah indah jika dicinta

Kerana hidup lebih bahagia

Tuesday, May 25, 2010

erti kasih ku

mungkin cinta saya pada awak tidak seagung cinta Nabi Muhammad pada Siti Khadijah..
mungkin tidak sehebat cinta Zulaika pada NAbi Yusuf..
tapi ape yang saya tahu..
saya ingin kan awak dalam hidup saya..
cinta saya pada awak ibarat langit yang terbentang luas..
ibarat api yang merah menyala yang mampu mencairkan ketulan ais di kutub utara..

mungkin kasih saya tidak seindah kasih Nabi Adam pada Hawa..
mungkin tidak sehebat kasih Adam pada MAya..
tapi saya nak awak tahu yang..
kasih saya pada awak ibarat air yang sentiasa mengalir..
seperti darah yang sentiasa mengalir dalam diri awk..

dan saya.ingin jadi kan awak halal buat saya selama nya..
bersama saya dalam susah dan senang..

Friday, April 23, 2010

kisah hidup ku..

assalamualaikum salam bicara semua..
hari aku tak tahu nak buat ape so..aku nk cerita kisah hidup aku sikit..menarik ke tak..entah la..u all yang tentu kan..
kisah ni dah dekat sedekad yang lalu..bukan nk mengungkit kisah lama cume nk mengimbau kenangan yang lalu yang telah mengubah hidup aku..


orang cakap kalau bercinta mase budak2 tu orang panggil cinta monyet..memang betol pon kan..dulu kalau bercinta,pakai surat je..biase la kan..dulu mane ade handset ni..budak lagi..seingat aku la,pas tulis surat tu ltak la bedak sikit coz nk bg wangi kan..hahaha...lawak gile..sempat gak aku rase benda ni..coz dulu aku minat kt sorang gurl ni mse darjah 6..tapi sakarang die dah kawen..huhuhu..awal gile...ermmm....malas pulak nak ungkit kisah dengan die..dh jadi bini orang..doakan dia bahagia sampai anak cucu..amin...


pas darjah 6 maka masuk la sekolah menengah..form 1, ngn form 2 xde cerita yang menarik..masuk form 3..maka bermula kisah hidup aku sebenar...kisah cinta aku yang tak mungkin dapat aku lupe kan..


aku berkenalan dengan sorang perempuan yang agak lawa lam kelas aku..orang nye ayu..wajah nye putih bersih..die tak la tinggi lebih kurang aku je..die perpustakawan,dengan uniform putih hitam tu menampak lagi ke ayuan die..mase form 3 aku just ber sms je..kawan je..tp lam hati aku,memang minat kat die..lame jugak kami jd kawan n then kami kapel law tak silap aku mse tu kami dah masuk form 4..

bagi aku die lah 1st love aku..aku memang sayang die sangat2..kami sentiase bersama lagipon kami satu kelas..tiap2 ari aku dapat jumpe die..hari2 aku dapat tengok senyuman die..senyuman yang mampu membuat aku lupe semua masalah aku..tapi kan...dalam mase 2 tahun kami bercinta tu die tak pernah ckp 'i love u'..sedang kan hari2 aku ckp cam tu kat die..die just balas,'me 2'..tu je..aku pon tak faham..kate nyer die tak nak cakap selagi aku tak jadi suami nyer..huuuuuuu...pelik kan perempuan ni...tp..last die ckp gak..mase tu aku dah habis form 5..nak pegi kerja kat johor..saat 2 lah saat yang pling bahagia bagi aku..ucapan yang selama ini aku tunggu2 kan..


lepas form 5..aku dan die dapat sambung belajar..aku dapat matrik penang n die pulak dapat kat chanlung..huhuhu..kami terpisah..sedey yang amat.. :(
1st die tak nak pergi..tapi aku pujuk gak die..last2 die pon pergi..n mimpi buruk aku pon bermula dicini..


1st sem hubungan aku dan die baik lagi cume rengang sikit..kami dah start jarang ber sms..biase la..due2 bz..lgpon aku aktif ckit kat matrik..xde mase sangat..n die ni pon jenis kalau aku tak start hantar sms,die tak hantar..jarang sangat2 die nak hantar dulu..erm..hubungan kami makin rengang..bile aku kol je..die cakap tengah study la..ngh wak kje la..erm...msj pon dh jarang..aku rindu die sangat2..abes je 1st sem.bile blik kampung..aku terus jumpe die...heee..rindu kan...


then masuk la sem 2..lam sem 2 die dah benar2 berubah..memg jarang giler msj aku..kol lagi la..ade sekali,die ngh msj aku tp nme orang len yang die tulis..aku pon dah plik..ape lagi..gaduh besar la..tapi ok blik jap..then pagi2 selum pegi kelas aku suke kol die..n then 1 pagi tu bile aku kol die jadi 'waiting'..dh pelik dah..pagi bute tak kan member die kol kot..then aku tanyer die..sape kol...die gagap..xnak g tahu..aku pakse jugak die cakap..last die gthu budak laki kol die..
menyirap darah aku...memang gaduh la mase tu..then baik jap..biase la..cinta..kjap gaduh kjap baik..ade satu hari ni..aku demam..tp die xde msj pon..kol apetah lagi..lansung tak ambik tahu sal aku yang ngah demam tu..bapak sedey gile..


aku kol la die..mase tu terjadi la pergaduhan yang terbesar...then die mintak putus...so..aku tak mampi nak buat ape..aku terpakse lepas kan die..die cakap tak nak kapel lg coz nk focus kn kat pelajaran dulu..aku tanyer sal dak laki yang selalu dei msj n kol tu..die cakap just kawan,lagi pon dak tu ade penyakit kate nyer..dak tu bagi tahu die je..family die tak tahu..aku pon fikir..betol ke dak tu tu...ermm....berat ati aku nk lepas kan die..tapi die memang nekad nak putus kan hubungan..aku sayang die sangat lebih dari nyawa aku sendiri..tp..die tak mngerti..aku tanye die nape nk putus..di bagi tahu...dulu die masih lagi mentah..tak tahu nak beza kan antara cinta dan kasih sayang..die rase ape yang die curah kan kat aku selami ni just kasih sayng bukan cinta..die pon baru je faham..itu alasan nyer...aku hanya mampu diam..saat tu aku rase jiwe aku hancur renyai..ibarat kaca yang di hempas..bertahun aku curah kan kasih sayang dan cinta aku pada nya akhir nye berakhir cam tu je..


saat yang pling pedih lam hidup aku..puas aku pertahan kan cinta aku..namun..die tak hargai nyer..mungkin silap aku jugak..entah la..
tapi ape yang aku dapt tahu..die kapel kat sane..lepas putus ngan aku..ade orang bagitahu aku..entah la..nk caye ke xnak..
sekarang umur dah 20..dah setahun lebih die tinggal kan aku..tapi kenapa aku still ingat kan die..aku tak faham..kenapa susah sangat aku nk lupe kan die..luke di hati ni masih xsembuh2..banyak nyer kenangan aku dan die..setiap memori tu bermain di fikiran aku..kemana arah hendak aku tuju bila aku rindu kan die..aku cube..dan terus mencube..untuk lupe kan die..coz bagi aku,bile aku gengam benda tu sukar untuk sku lepas kan..


ape yang aku tak puas hati..kenapa die nak tipu aku,kalau dah tak sayang tu,bagitahu je la..jujur la..tak pyah cari alasan..law nak kapel len..just bagithu..tak la sakit sangat hati aku ni..kenapa nak hipokrit..sekarang,aku masih lagi terus mencube..biar kan mase yang menentu kan nye..untuk melupe kan die..sekarang pintu hati aku dah tertutup untuk menerima keharian seorg perempuan lam hidup aku...mungkin belum waktu nyer lagi..aku memang berharap agar ade seorang yang mampu mengetok dan membuka pintu hati aku ni..menyembuh kan luke yang telah parah ni..tp rase cam hati yang telah tertutup rapat serapat nyer...hanya Allah mengerti kesedihan dan keperitan hati ni..

mungkin ni pos aku yang terakhir..kejap lagi aku balik kampung..xde tenet la..kalau ade jodoh,umur yang panjang..kite semue jumpe lagi..pade kawan2..maaf kalau ade silap salah...sekian saja dari aku..just smile.. =)









Thursday, April 15, 2010

cinta sejati...

tak ada yang bisa mengerti rindu di hati ku..
selain diri mu yang telah menyelami samudera hati ku..

tak ada yang bisa memahami seluruh jiwa ku..
selain diri mu yang telah mengenggam seluruh jiwa ku ini..
sejauh mne kau pergi tak jauh dari hati ini..

adakah kau la cinta sejati di hati ku..
hingga akhir nanti ku mati..

adakah kau cinta abadi..
di jiwa ku hingga akhir hayat ku nanti..

Saturday, April 10, 2010

cube mengerti...

ku lepas semua yang ku ingin kan..
tak akan ku ulangi..
maaf kan jika kau ku sayangi..
dan bila ku menanti..

pernah kah kau cuba mengerti..
lihat lah aku di sini..
mungkin kah jika aku bermimpi..
salah kah untuk ku menanti..

takkan lelah aku menanti..
takkan hilang cinta ku ini..
hingga saat kau tak kembali..
kan ku kenang saja..

kau telah tinggal kan hati yang terdalam..
hingga tiada lagi cinta yang tersisa di jiwa..

Tuesday, April 6, 2010

APRIL

April ni bulan kelahiran aku..huhuhuhu..(seronok la jgk)..
entah ade orang ingat ke tak yer.. (mntak2 ade la)..law ade alhamdullillah la..law tak de nak buat camne..terima dengan seada nya je la..yang confirm nyer akak sulong aku ingat..tiap2 tahun die wish.
awek...
erm...tahun ni dah tak de awek la nak wish kat aku..huhuhu (buat2 sedey lak aku ni)..
tahun2 lepas..orang 1st wish mesti awek aku..tahun ni.dah tak de..single mingle ni..sape2 yang bekenan..masuk la mintak.. (wat muke x malu)..huhhu..
tapi rase cam single ni cam bes je..(saje nk sedap kan ati sendiri)..
single and available and also suitable.heeeeeeee...
saje je ni merepek..asyik jiwang je..mesti ade yang dah boring..so kite cite la cikiT bagi hilang kboringan tu...ni tak tido ag ni sebab keje belambak la bro..
tak sempat nak tido (ye ke aku ni)..
assignment,projek,presentation,report..pas tu bila la nk stdy (cam la aku ni stdy)..
ape-ape pon,nk siap kan assgmnet dulu..nanti aku smbung lagi...(padal nk men game bajet buat keje)..huuuuhu

Friday, April 2, 2010

luka di hati..


saat indah cinta aku bersama mu..
melukis kan potret dalam lubuk hati ku..
namun realiti tak seindah mimpi..
tak pernah aku mengerti..

sungguh tak bisa aku melupai kamu...
setiap saat aku merindui mu..
terbayang kan wajah yang bertahta di hati ku..

apalah erti cinta tanpa kasih..
apalah erti diri ku tanpa diri mu.
kerna cinta ku ada hanya untuk mu..
kena kasih suci ku hanya untuk dirimu..
yang takkan pernah hilang dan pudar oleh waktu..

kau lah yang selalu ku cinta..
kau lah yang selalu ku rindu..
engkau lah cinta sejati dalam hidup ku..
kau lah yang terakhir yang selalu ku nanti..
sampai akhir nanti..
dan kau lah satu-satu nya yang aku rindu kan..
dalam ruang hati ku sampai akhir nanti..
namun kau pergi meninggalkan diriku
dan takkan pernah kembali..

Thursday, April 1, 2010

kisah cintA ku

Di malam yang sesunyi ini
Aku sendiri
Tiada yang menemani
Akhirnya kini kusadari
Dia telah pergi
Tinggalkan diriku

Adakah semua kan terulang
Kisah cintaku yang seperti dulu

Hanya dirimu yang kucinta dan kukenang
Di dalam hatiku
Takkan pernah hilang
Bayangan dirimu untuk selamanya

Mengapa terjadi
Kepada dirimu
Aku tak percaya kau telah tiada
Haruskah ku pergi tinggalkan dunia
Agar aku dapat berjumpa denganmu
Adakah semua kan terulang
Kisah cintaku yang seperti dulu

Tuesday, March 30, 2010

cinta bukan milik ku...


jika memang diri ku bukanlah menjadi pilihan hati mu..
mungkin sudah takdir, kau dan aku takkan bersatu..
harus kau tahu yang ku mencintai mu sepanjang waktu ku..
kerana aku yakin cinta dalam hati ku hanya untuk mu sepanjang hidup ku..
harus selalu kau tahu yang aku merindui mu setiap saat aku..
kerana aku yakin rindu dalam hati ku hanya milik mu..
kerna setiap hembus nafas aku sentiasa menyanyangi mu..

jika kerna takdir Nya..aku menerima nya..
namun harus kau tahu, stiap rintihan hati ku..
kau abadi utk selama nya dalam hati ku..
kerna ku yakin..cinta mu bukan milik ku..
jika memang diri ku bukan untuk mu..

Sunday, March 28, 2010

Rintihan hati realiti...

setiAP saat yang aku lalui tanpa mu bagai kan satu siksaan jiwa pada ku.
aku masih tetap di sini..
mencari di sebalik yang terjadi..

forgive me my weakness but i dont know why..
without you is hard to survive..

cahaya cinta mu memberi aku kekuatan..
namun kau pergi tinggal kan kesan yang mendalam..

bisakah aku berdiri tanpa mu disini..
bisakah aku sendiri mengubati luka di hati ini..

duhai kekasih ku..
sungguh tak bisa ku tanggung..
keperitan kalbu sepermegian mu dulu..
seandai nya aku mampu mengundur kan waktu..
ingin sekali ku kembalikan detik itu..

kini kau pergi dari hidup ku..
ku harus rela kan mu walaupon ku tak mahu..

seandai nya cinta masih ada..
seandai nya rindu masih di dada..
kembali lah menghiasi hidup ku seada nya..
biarkan rembulan menyaksikan nya..
biarkan hujan membasuh dosa..

Wednesday, March 24, 2010

cinta..kasih..rindu..


Cinta..
suatu unggkapan yang belum pasti akan keindahan nya..
kerna di sebalik keindahan cinta itu tersirat seribu kepahitan..
pasti nye akan merentap kedamaian jiwe si pencinta setia
tatkala ikatan di undang kekecewaan..

Namun..
ia tetap betah menjemput setiap jiwa dan perasaan..
hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini..
takkan terucap dek bicara bibir..

kasih..
mungkin takkan pudar dek mase dan waktu..
biar pun ia nya tidak terhenti walaupun sesaat..

rindu..
sengsara yang tiada terhingga..
perasaan yang tidak dapat di ungkap oleh kate2 biase..
ianya hanya lahir dari jiwe yang tulus dan ikhlas..