Hanya Tuhan yg Tahu

Tuesday, December 6, 2011

Menghadap Ilahi

Ku tulis kisah ini sebagai memori tarbiah yang berkekalan. Entah mengapa tedetik di hati aku untuk menulis tentang ni,mungkin kebelakangan ini berita tentang ‘pemergian’ kawan-kawan aku yang masih muda mebuat aku tertanya-tanya "aku pula bagaimana??. Sudah cukup kah amalan ku dunia ini untuk menghadap Nya?." sememang nya ajal maut di tangan Allah, dan setiap yang bernyawa akan merasai mati seperti Firman Allah SWT ..

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan"

( Ali Imran : 185 )

Namun persoalannya yang sentiasa bermain di minda sejak akhir-akhir ni adalah "dimanakah aku kelak,adakah aku akan di tempat kan di kalangan orang-orang beriman?". Aku takut,aku gentar,seperti aku belum bersedia untuk menghadap Mu. Tapi aku menerima takdir dari Nya, aku percaya pada Qada' dan Qadar. Allah akan memberi yang terbaik untuk hamba jika hamba nya beriman pada Nya. Jika umur ku tidak panjang bukan bermaksud Allah membenci ku. Aku serahkan segala nya pada Nya..aku hanya hamba yang di ciptakan dengan kelemahan. Sering terlupa,sering terleka dengan nikmat yang melimpah di depan mata.

Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kenangan mengenai si dia yang dikasihi. Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan. Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.

"Ya Allah, panjangkan umur ku. Izin kan aku meneruskan perjuangan aku ini di dunia ini sebagai hamba Mu yang beriman. Menjadi anak yang soleh, dengan harapan mampu untuk membalas jasa-jasa keluraga, kawan-kawan ku yang di curah kan pada aku. Aku pasrah kan pada Mu Allah segala yang berlaku kerana Engkau lah penentu segalanya. Engkau pimpinlah langkah ku ya Allah, agar aku tidak kesesatan dari jalan syuga Mu yang aku idam kan kerana tidak aku terdaya menahan siksa Neraka Mu." Amin....

No comments:

Post a Comment